Seperti yang tercatat di dalam jadual. Pertemuan terakhir skuad Perak pusingan pertama telah berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Payah juga pada awalnya untuk mengesan lokasi stadium. Atas kemajuan teknologi masa kini, peluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menggunakan google maps. Alhamdulillah, sampai juga menyaksikan perlawanan ini yang bermula pada pukul 8.45 malam.
Skuad seladang banyak melakukan serangan bertali arus untuk merobohkan tembok pertahanan skuad PKNS tanpa menurunkan pemain handalan seperti Akmal Rizal dan Failee. Keputusan di akhir perlawanan tidak menyebelahi skuad Perak apabila seri 2-2 dengan skuad PKNS.
SEMANGAT SELADANG
"Tepuk dada, tanya selera", selepas tamat perlawanan perut terasa lapar dan Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Sunway Damansara dituju dan mengambil masa perjalanan selama 30 minit dari Kelana Jaya. Di samping itu, telah menjadi rutin mingguan untuk menikmati kelazatan nasi briani sotong dan pada masa yang sama telah berlangsung perlawanan Manchester City vs Bolton. Alahai, aktiviti malam minggu Peno ditambah lagi 90 minit menonton perlawanan bolasepak yang menyaksikan Manchester City menang 2-0.
TERBAIK TEMAN HABAQ HANG
Kesimpulannya, walaupun kita tidak pandai bersukan, dengan hanya sekadar meminati sukan tersebut sudah pasti kita akan mahir dalam sukan yang diceburi. Akhir kata, bersukan akan memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
p/s : -kejor yob kejor, skuad Perak tetap di hati. Selain itu, sehingga 4.03.2012, pasukan Manchester City masih menjadi peneraju liga.
Terliur tgk nasi briani sotong tu...huhu
ReplyDeletesetiap hari minggu pekena briani sotong.. sedap
ReplyDelete