Saturday, February 25, 2012

Perjuangan Hidup Diteruskan

PAssalammuilaikum dan Salam Sejahtera,


Niat Dihajati Akhirnya Terlaksana
     Titik permulaan bermula di Singapura apabila terlihat kedai GARRETT POPCORN. Disember yang lepas, pertama kalinya terhidu aroma kelazatannya di Suria KLCC. Agak terkejut pada awalnya melihat harganya yang menjangkau dalam lingkungan RM9 sehingga RM1** (bergantung pada jenis popcorn). Untuk makluman, terdapat 2 kedai Garrett Popcorn di Malaysia yakni di Suria KLCC dan 1Utama. Cukup nikmat  merasai kelazatan dan kemanisan Garrett Popcorn. Sememangnya terserlah rasa popcorn buatan Chicago ini.


2 Bulan Praktikal
     Selepas Monash Universiti, Setia City Mall menjadi medan untuk Peno berjuang menuntut ilmu. Kerja di sini agak meletihkan kerana perlu turun naik tangga untuk memuatturun dan memasang komponen elektronik di bangunan 6 tingkat dan membawa peralatan yang agak berat. Selain itu, badan perlu berstamina dan cergas untuk tugas kali ini. Alhamdulillah, lokasi kali ini lebih dekat berbanding 2 lokasi yang terdahulu iaitu Menara 3 KLCC dan Monash Universiti. Jadi, dengan niat yang sama dan matlamat yang satu, Peno akan teruskan tugas sebagai pekerja pelatih di Metronic Engineering Sdn. Bhd.

p/s: sepanjang sem ni memandu kereta untuk ke tempat kerja.
       

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. erm... yum2... nak sikit~~~ ;))
    waahhh... leh turun berat badan ni.... :DD
    GO3!!! do the best for your LI~~~ :)

    ReplyDelete
  3. qaseh blanje hafiz nti.. konfius berat badan sudah turun atau meningkat..

    ReplyDelete
  4. hehehehe.... :DDD aik berat badan sendiri pun konfius jgak..??? so.. tggu apa lgi.. mkan saja... ;))

    ReplyDelete