Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hati berkata mahu tetapi tiada rezeki untuk mendapatkan peluang tersebut. Situasi tersebut telah lama dipendam sejak minggu pertama menjalani latihan industri di Menara 3 Petronas. Perkara yang dimaksudkan adalah untuk berada di aras tertinggi pada Menara 3 Petronas.
Seperti yang telah direncanakan, Peno telah memohon cuti dari bekerja di site Setia City Mall pada jumaat (13.4.2012) untuk pergi ke site pertama latihan industri iaitu Menara 3 Petronas. Perjalanan menuju ke KLCC begitu mudah dengan menaiki kemudahan LRT dan lebih meringkaskan urusan apabila memiliki kad Touch'nGo.
Di Menara 3 Petronas, Peno berjumpa dengan mentor yang banyak membantu dalam mempelajari sistem "Building Control System" yakni Abang Yunus. Banyak juga cerita yang dikongsi setelah 3 bulan tidak bertemu.
Selepas mendapat keizinan untuk naik ke aras 60 Menara 3 Petronas, Peno ditemani Uzair Rom untuk berada pada aras tertinggi Menara 3 Petronas. Alangkah seronoknya apabila dapat melihat senibina bangunan di Kuala Lumpur dari aras 60 Menara 3 Petronas.
Walaupun hanya seketika berada pada aras 60 kerana cuaca panas, hati Peno cukup puas kerana impian yang dihajati telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah.
Sgt jelesssszzz ok!!!
ReplyDeletesgt seronok ok!!!!!
ReplyDelete