"Jauh perjalanan, luas pemandangan", ungkapan yang sesuai untuk Peno gunakan setelah 3 hari 2 malam berada di Pekanbaru, Indonesia. Tepat jam 11.56 pagi (waktu Malaysia), Peno buat pertama kalinya berjaya menjejakkan kaki ke Indonesia. Tambahan pula, Indonesia merupakan negara kedua Peno melancong selepas Singapura.
Apa yang menarik tentang Pekanbaru?
1. Makanan
Di sana terdapat banyak produk makanan yang tidak terdapat di Malaysia dan ianya cukup menarik. Untuk makluman, sajian nasi padang popular amat popular di sana dan terdapat begitu banyak gerai yang menyediakan sajian tersebut.
2. Masyarakat
Golongan miskin, sederhana dan kaya semua terlihat di Pekanbaru. Selain itu, apa yang menarik adalah rata-rata penduduknya menggunakan blackberry (fuh!!agak menarik tu). Budi bahasanya pula sopan santun, walaupun kadang-kadang Peno kurang memahami bahasa indonesia, tidak kurang juga ada yang ingin mengambil kesempatan terhadap kami yang datangnya dari Malaysia.
Siaran televisyen di sana tidak kurang hebatnya. Disamping itu, program yang disediakan agak menarik dan berbeza dengan siaran di Malaysia.
Budi - Doremi
(kerapkali dengar lagu ini di sana.... layan aja dong)
p/s: * koleksi baju I ♥ bertambah.
Untunglah org tu dpt g Indon...sy Singapore dah tp Indon belum lg...btw pergi ngn siapa ke sana?
ReplyDeletepi ngn family.. Malaysia tetap dihati
ReplyDeletewwwaahhh.... ENJOYYY~~~~ :)
ReplyDelete