Sunday, January 22, 2012

Latihan Industri Sesi Disember 2011


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
    
     Alhamdulillah, kini peno sudah memasuki semester yang ke-4. Berbeza dengan semester yang lepas, pembelajaran di sem 4 berlangsung di luar kampus Politeknik. Tanggal 19/12/2011, Metronic Engineering Sdn Bhd menerima Peno sebagai pekerja pelatih sehingga 18/5/2012.

KLCC TOWER

     Pada mulanya, Peno tercari-cari apakah skop kerja yang akan dilakukan dan Menara 3 Petronas menjadi site pertama untuk Peno menuntut ilmu. Selama 4 hari Peno di sana belajar berkenaan Building Control System (BCS) dan ilmu yang diperoleh cukup berharga.
pass yang wajib ada sebelum masuk MU

     Seterusnya, Monash University (MU) menjadi lokasi ke-2 untuk Peno bekerja. Di MU, Peno menempuh suasana baru, ini kerana Peno dikelilingi pelajar IPTS. Sambil itu, Peno juga mendapat rakan baru yang terdiri daripada pengawal keselamatan dan juga pelajar MU. Malangnya, Peno tidak sempat untuk mendapatkan FB mereka.
amacam? stylo tak tempat Peno rehat

     Akhir sekali, hampir sebulan Peno di MU dan masih menanti lokasi mana pula untuk bekerja selepas cuti raya cina. Kesimpulannya, Peno tidak akan pandai dalam BCS sekiranya tiada senior Metronic untuk memberi tunjuk ajar. 

1 comment: