Monday, December 5, 2011

Sos Cili Tumpah Berdarah (part I)

     Cuaca sekarang ini boleh dikatakan sukar diramal. Pada waktu petang barangkali hujan akan turun atau mendung. Jadi, sebarang aktiviti yang melibatkan luar rumah amat sesuai dilaksanakan pada waktu pagi.

     Cuti semester sudah tiba, pada tanggal 1 Disember 2011 Peno buat keputusan untuk balik ke Perak Darul Ridzuan. Bertolak pada pukul 4 petang dan tiba di Batu Gajah pada pukul 7.15 petang. Perjalanan kali ini mengambil masa yang agak lama kerana hujan lebat di Tapah.
Kuala Kangsar

     Seperti yang dirancang, hari kedua (2.12.2011) lokasi yang dituju adalah bandar Di Raja, yakni Kuala Kangsar. Alhamdulillah, sempat juga bersembahyang jumaat di Masjid Ubudiah. Selesai sahaja solat, pekena ABC sambil menikmati permandangan Sungai Perak. Pada pukul 4 petang terus pulang ke Ipoh.






     Hari ke-3 (3.12.2011) berada di Perak, memang Peno telah pasang niat untuk naik Cameron Highlands. Perjalanan bermula pada pukul 11 pagi melalui Simpang Pulai. Keadaan trafik pada hari tersebut agak busy, situasi biasa pada hari Sabtu.

     "MALANG TIDAK BERBAU", mungkin itu peribahasa paling sesuai untuk Peno katakan. Pada separuh perjalanan iaitu 25KM sebelum sampai ke Kg Raja, Peno terlibat dengan satu kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Wira dan m/sikal Peno sendiri. 

     Begini ceritanya,masa itu satu lorong dan trafik perlahan, barangkali ada lori atau bas di hadapan. Peno tunggang motor di lorong kiri ketika itu, ada lebih kurang 10 kenderaan untuk Peno pintas tetapi malangnya semasa kenderaan ke-5, sebuah Proton Wira cuba memotong ikut lorong kiri tanpa memberi signal. Serius Peno katakan, memang tidak sempat untuk membrek dan terpaksa Peno 'melibas' kereta Wira itu.
kerosakan teruk
     Keadaan memang pantas berlaku, perkara yang terdetik dalam kepala adalah "apa aku nk jawab kat mak ngn opah nanti?", "siapa nk bntu aku?","cmne keadaan motor?","cmne keadaan aku?". Pada awalnya, Peno tengok bahagian atas badan kalau-kalau ada luka dan akhir sekali Peno tengok bahagian kaki. Alangkah terkejutnya, bila seluar sebelah kaki kanan terkoyak dan hasilnya.......
sempat lagi tangkap gambar

     Tidak sampai beberapa minit, badan terasa kurang bermaya dan masa itu juga ada orang yang hulurkan bantuan papah Peno masuk kereta. Masa dalam kereta terasa pitam, kaki terasa kebas, pandangan pula kabur-kabur dan rasa hendak pengsan pun ada. 
terima kasih atas bantuan anda

     Selang 15 minit, Peno call Khairulnizam(Angah), dalam masa yang sama abang yang bantu Peno tadi call ambulans. Angah seorang sahaja yang Peno call dan angah seorang sahaja saudara terdekat yang tahu pasal kejadian ini.

     Yang Peno cukup geram+menyirap, cina yang tiba-tiba masuk lorong kiri tadi, langsung tidak hulurkan bantuan. Itu cina duk sibuk tangkap gambar, minta nombor IC dan nama Peno nye pun. Dan ternyata itu cina cuak pas tengok keadaan Peno nye pun adoi. 

     Hampir 30 minit stay kat di dalam kereta menanti ambulans sampai. Setibanya ambulans, Peno terus dikejarkan ke Hospital Cameron Highlands. Pengalaman naik ambulans cukup menarik, antaranya, siren dibunyikan apabila jalan sesak dan Peno untuk pertama kalinya naik ambulans.
view dari dalam ambulans

     Keadaan kat Hospital CH masa tu agak lengang, tidak ramai pesakit di wad kecemasan. Peno boleh katakan semuanya berjalan lancar dari awal sehingga luka dibalut.

Antara situasi yang Peno boleh kongsikan.

SITUASI 1
Peno: dalamnya luka, yang itu tulang ke kak?
Doktor: eh! bukanlah, tulang dalam lagi.
Peno: mana bahagian lemak kak? 
Doktor: yang atas kulit, pastu lemak,daging,lemak, daging.
*nampak x, sempat lagi blajar pasal tisu badan.

SITUASI 2
Doktor: mesin jahit rosak, jadi saya kena guna tangan.
Peno: abang biar beno skit.
Doktor: hehehe, xdala, memang guna tangan pun.
Peno: ok2, saya nk yg gune tangan, yg manual.
*seriously, memang terkejut bila dia cakap camtu.
     
     Selesai sahaja terima rawatan, angah tiba untuk jemput bawa ke Ipoh untuk buat laporan polis. Semua urusan selesai pada pada pukul 9 malam.

     Kesimpulannya, Peno bersyukur sangat tidak mengalami kecederaan yang teruk. Memang cukup banyak nama untuk Peno senaraikan yang membantu dari awal kemalangan sehingga tiba di Batu Gajah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua. THANK YOU!!

p/s: mengembara itu hobi saya.       

No comments:

Post a Comment