Agak lama juga tidak update blog. Barangkali terlalu sibuk dengan urusan harian dan pelajaran.
Kini, hampir sebulan berada di Politeknik Premier Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sejak 4/07/2011 lagi sudah berada di politeknik untuk menjadi AJK Pelaksana Minggu Suai Kenal (MSK). Seramai 1300 orang pelajar baru berjaya melanjutkan pelajaran di PSA.
Kuliah sudah masuk minggu ke-2, kursus kali ini boleh tahan mencabar berbanding sem lepas. Untuk sem ini, kursus berkenaan elektronik komunikasi telah mula dipelajari.
Bulan Ramadhan hampir tiba. tidak sabar rasanya untuk berpuasa kali ke-2 di PSA. Mungkin suasana berbuka puasa berbeza kali ini. "TUNGGU DAN RASAINYA SENDIRI".
No comments:
Post a Comment