Misi kedua : Penjelajahan
Alhamdulillah, setelah hampir lebih dari setahun legend kesayangan Hafiz tidak sampai ke Perak. Tanggal 14/06/2011 Hafiz telah berjaya sampai ke Kg Ara Payung, kampung tempat Hafiz dibesarkan. Sisa-sisa masa di Perak banyak diluangkan di Kg dan rumah Pak Cik di Manjoi.
Lokasi pertama Hafiz jelajah adalah di Taiping. Taiping merupakan tempat hafiz lahir ke dunia yakni di Hospital Taiping. Objektif utama Hafiz ke Taiping adalah untuk pergi ke Zoo Taiping. Semasa di Taiping, Hafiz berpeluang melihat suasana dan bangunan bersejarah yang masih megah berdiri.
Cameron Highlands - 18/06/2011
Cameron Highlands(CH) menjadi destinasi kedua untuk dituju. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Masa yang singkat dimanfaat sebaik mungkin dengan melihat keindahan dan merasai kedinginan CH. Antara aktiviti yang dilakukan di CH adalah pergi ke kebun sayur, bunga dan strawberi. Perjalanan diakhiri dengan singgah sebentar di pasar malam CH membeli bekalan sayur-sayuran untuk dibawa turun ke Ipoh.
Masa seminggu di Perak tidak diabaikan begitu sahaja, penamat untuk jelajah kali ini adalah di Bukit Kledang(BK) dan Sungai Chepor. Untuk makluman semua, perjalanan ke Taiping dan CH dilaksanakan secara solo. Tetapi, dua lokasi yang dinyatakan di atas dilaksanakan bersama sepupu. Seawal 7 pagi kami memulakan perjalanan ke BK dan mula mendaki pada pukul 8.30 pagi. Seluruh kudrat tenaga digunakan untuk sampai ke puncak BK. Semasa di puncak Hafiz dapat melihat Bandar Ipoh yang indah. Badan yang letih dan berpeluh disegarkan di Sungai Chepor. Keletihan yang terasa dipulihkan dengan mandi-manda dan melihat keindahan Sungai Chepor.
Kesimpulannya, banyak pengalaman yang diperoleh semasa berada di Perak. Antaranya, pergi ke bandar Hafiz dilahirkan, merasai kedinginan Cameron Highlands dan pendakian sulung ke Bukit Kledang. Harapan Hafiz adalah dapat pergi ke lokasi yang belum sempat dikunjungi agar Hafiz dapat melihat kekuasaanNya.
senarai link FB untuk melihat gambar-gambar yang ditangkap:
senarai link FB untuk melihat gambar-gambar yang ditangkap:
No comments:
Post a Comment