Thursday, June 9, 2011

KERINDUAAN



Hari ini genap seminggu Program Anak Angkat Perkeso 2011 di Politeknik Shah Alam menutup tirai, tetapi kerinduaan kepada peserta dan urusetia masih dirasai hingga kini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk persediaan menghadapi SPM.
     Program ini merupakan kali kedua Hafiz menjadi fasilitator, selepas khidmat komuniti di SMK Seri Teja, Gopeng. Semasa program PAAP ini, Hafiz menjadi fasilitator untuk kumpulan 12 yang terdiri daripada 18 orang ahli. Bukan mudah untuk membimbing 18 orang ahli, walaupun diri ini merasakan tidak mampu untuk membimbing mereka pada awalnya. Akhirnya, kumpulan 12 merupakan juara untuk persembahan malam penutup dan boleh dikatakan kumpulan paling menonjol untuk PAAP ini.
     Terlalu banyak kenangan dan pengalaman diperoleh sepanjang program ini. Antaranya, dapat bekerjasama dengan pihak PERKESO, mengenali peserta-peserta PAAP dan meningkatkan ilmu berkomunikasi.
     Kesimpulannya, Hafiz berharap agar hubungan yang terjalin tidak berakhir dan dapat bertemu kembali dengan semua yg terlibat untuk Program Anak Angkat Perkeso 2011.
Barisan peserta PAAP 2011
Gandingan yang cukup MANTAP
JAMBATAN GOYANG-GOYANG

No comments:

Post a Comment